Catatan

Apakah itu Mykad Smart Shopper?

Mykad Smart Shopper (MSS) adalah salah satu daripada program yang ditawarkan oleh I Synergy Universal Sdn Bhd. MSS dimana anda sebagai rakyat Malaysia yang memiliki Mykad, layak untuk menerima diskaun dalam bentuk cash point & reward point , ketika berbelanja di kedai-kedai Mykad Smart Shopper yang terpilih. Dalam erti kata lain, MSS ini adalah lebih kurang sama seperti program kad kesetiaan pelanggan ( customer loyalty card ) yang dijalankan oleh penganjur yang lain, cuma bezanya, MSS menggunakan Mykad sebagai kad keahlian, berbanding dengan penganjur lain, yang mengeluarkan jenama kad keahlian mereka sendiri. Selain itu, anda tidak perlu khuatir tentang cash point & reward point yang anda kumpul sekiranya Mykad atau dompet anda hilang. Cash point & reward point yang anda kumpul tetap tersimpan didalam sistem MSS. Berbanding jika anda menggunakan kad keahlian biasa, mata ganjaran anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya kad tersebut hilang. Untuk menjadi